Showing posts with label penjelajahan. Show all posts
Showing posts with label penjelajahan. Show all posts

Sunday, March 15, 2009

manali..sambungan..


(sukenyeee~~)

Snow bike(rs750)-
motor 4tayar(4tayar?bukan keretakah?) yang membawa kami kekawasan yang lebih jauh, untuk menikmati kawasan salji yang lebih cantik dan lebih lembut saljinya. Disini aku melangsaikan cita2ku- menghasilkan snowman!!


(encek salju)

River rafting(rs450)-
air sungai yang sejuk(seperti air yang diletakkan ais didalamnya). Sungai yang sebenarnya xdela ganas sangat. Tapi sengaja untuk rasai pengalaman river rafting (adventure journey katanya)
(sebelum bertolak..)
(caakk!!)
(ladang2 epal yg rendang berbunga..cantiknya subhanallah...)

Mall road- makan2 dan shopping2!!!lebih best drpd Mall road shimla. Xsempat nak explore sangat sebab sudah agak malam. Lagipun duit agak kurang untuk bershopping lagi.eheheh.. (khusyuk bershopping..cari batu star rubby masliana..eheh)


Tidur dalam kegigilan.

reflex; sangat20x seronok!!!!pengalaman pertama sentuh salji, pemandangan yang sangat cantik!!aktiviti yg sangat mencabar!!

pendapat: sangat2 perlu pergi..rugi if xpergi. n before pergi manali, lebih baik buat pantauan cuaca di sana dahulu. boleh pergi masa spring n fall..if pergi masa winter, mungkin agak rugi n xseronok sangat sebab akan jadi sangat2 sejuk..nak pergi lagi!!!

Saturday, March 14, 2009

6th march-manali.

Main ski
(rs925 untuk sewa baju, alatan ski dan upah cikgu)

-5.30 pagi- bersiap sedia keluar hotel untuk pergi main ski(ape ke jadahnye la main pagi2 bute tengah sejuk2 bedi nih..haish).

-lebih kurang pukul 7 pagi, dikala suasana masih sunyi, perut berkeroncong lapar dan sejuk gile, buat pertama kalinya aku menyentuh satu kebesaran Allah-salji. Allahu Akbar.

(jalan baik2..)

Terima kasih Allah kerana diberi peluang menyentuh nikmat Mu ini. Main ski di ajar oleh cikgu Harish. Cikguku ini katanya johan pertandingan ski tahun lalu. Bergaya pon eh!!



(practice makes perfect!!..gambar yg di candid oleh masliana..evicence katanya..)

(dengan cikgu ski..)

(dengan specmata champion(cikgu punya)..eheh eheh..)

Selepas penat main ski(lenguh2 la tangan), kami berehat sebentar sambil makan Maggi telur Himalaya!!lapar punya pasal..

(3pinggan maggi telur,4cawan teh..rs200..humm..)

Main ‘boya’(rs100)- best gilee!!!!


Paragliding

(rs2100-kuda+upah pilot)-

sangat2 best!!! jika emakku tahu yang anaknya ini akan buat paragliding, aku amat yakin yang emak akan menghalang (jangan harus kamu buat amar!!ayat common emak..)..

aku pon mula2 tidak berani..tetapi kuberanikan juga diriku ini.


Untuk mendaki gunung itu, aku naik honkey, sunhanallah takutnya Allah sahaja yang tahu. Lalu lereng2 bukit. Tidak dapat aku bayangkan jika honkey itu tergelincir,nauzubillah..


”wahai kuda, Allah ciptakan engkau untuk menjadi kenderaan kepada manusia, jadi bawalah aku dengan penuh tanggungjawab” kata aku kepada kuda.

(Alhamdulillah kuda itu menjalankan tanggungjawabnya dengan baik, adakah kita menjalankan tanggungjawab kita dengan baik?)

Di kawasan yang agak tinggi, aku menyentuh ‘the virgin snow’,salji putih suci yang belum disentuh mana2 tangan manusia. Siap makan lagi salji tu..sedap!!
(dari kejauhan..)

(good or bad landing?..)


p/s; to be continued..

Friday, March 13, 2009

5th march-shimla- manali.


(shimla..drpd hotel)
Kufri- naik ‘honkey’- makhluk Allah yang katanya benih campuran kuda dan keldai. Wallaua’lam. Biasa2 sahaja. Tiada salji disini semasa kami datang. (tunggang kuda pula)
(tunggang yak pulak..comelkan??..)


Mall road- deretan kedai yang banyak!!ehehhehe…susunan dan binaan yang seperti Negara eropah -bak kata orang2 mereka. Aku membeli belah sakan!! Hasil dapatan= kain, stoking unik.

(subhanallah..cantiknya lembah di pergunungan..)

Meneruskan perjalanan ke manali. (terima kaseh kepada pakcik Kamal-driver- kerana berjaya memujuk masliana untuk bersetuju pergi ke manali...ehehehhehe)

Reflex; kurang menyukai Shimla yang menjadi ibu negeri (Himachal Pradesh itu-betolke eja?). udara agak tercemar dan cuaca agak kering. Pemandangan gunung ganang yang cantik dapat dilihat.

Pendapat; jalan yang sangat bengkang bengkok. Agak pening walaupun tidak muntah. Xperlu pergi.

4th march- Jaipur-shimla.

Perjalanan-13jam(6pg-7ptg)

Hanya duduk di hotel setelah sampai di Shimla, agak penat kerana perjalanan jauh.

Reflex; penat. Kagum dengan driver yang hanya berhenti sekali sahaja untuk lunch dalam sepanjang perjalanan ini.

Pendapat; lebik baik travel naik innova, lebih selesa dan lebih cepat sampai. Tetapi harga agak mahal sedikit. jumlah kos bayaran innova dengan penghawa dingin untuk delhi,agra, jaipur,shimla dan manali ialah lebih kurang rs7000 seorang..

3rd march- Jaipur

Hawa Mahal – istana wanita (hawa=wanita,mahal=istana). Hanya lalu dan bergambar sahaja. Binaan unik. Mempunyai banyak tingkap, khas untuk kaum wanita kerabat diraja. Dahulu kala, wanita sangat tertutup. Oleh itu, hawa mahal ini dibina supaya kaum wanita boleh melihat keadaan sekeliling tanpa menonjolkan diri. ‘melihat dr tingkap’.





Amber fort (rs150-harga foreigner)- mendaki kubu ini menaiki gajah(rs570/2). Kubu warna amber yellow. Cantik dan sekali lagi aku kurang hargai kerana tidak tahu sejarah disebaliknya.
(amber fort)
(tunggang gajah mendaki kubu)
(menjengah luar jendela)
(merenung masa depan)

summer palace- hanya lalu dan bergambar dr jauh. xtahu bagaimana ingin ke sana. banjirkah??

Jantar mantar-
“r u from india?”tanya penjaga tiket.
“I study in davangere baiyaa..char ticket baiyaa(empat tiket abang!)”jawab aku.
So,dapat harga local-rs20- berlakon dengan baek!!eheheh..
(taurus..)
xde ape2 yang menarik, hanya replica instrument yang digunakan pada zaman dahulu untuk menentukan masa, zodiac dan lain2. Kurang hargai sebab hari tengah panas.


City palace museum- hanya jenguk dr luar. Xmasuk kerana memilih untuk shopping2 di kedai2 sekeliling museum itu.eheheheh


Chowki dhani(rs300)- seperti perkampungan budaya. Memaparkan budaya2 penduduk rajastan.
(tunggang unta pula..seperti akan terpelanting..)
(cuba lihat betul2..pinggan mangkuk drpd daun tau..)

Reflex; xbanyak yang aku dapat hari ini. Mungkin kerana cuaca panas.


Pendapat; jika banyak masa boleh melancong ke Jaipur. Tetapi jika kekurangan masa, boleh skip jaipur.

2nd- Delhi-Agra-Jaipur

2nd- Delhi-Agra-Jaipur
Kenderaan-Innova.
Perjalanan- 4pg-8pg(Delhi-Agra);5ptg-9mlm(Agra-Jaipur)

Taj Mahal (rs750 harga foreigner)- Seni binanya, Subhanallah..amat cantik. Lambang cinta Shah Jahan kepada Mumtaz. One of the Seven Wonders of the World!!
(dihadapan pintu gerbang..menuju ke Taj Mahal..)
(dihadapan Taj Mahal)

(xmendengar penerangan..posing lebih baik...=p)
(rumah rehat orang kenamaan..mengintai dr dinding Taj Mahal..) (Taj Mahal-gambar kecil- drpd Agra Fort)

Agra Fort (rs20 dapat harga tempatan..eheheheh)- binaan yang cantik dan penuh dengan sejarah. Kali ini aku dengar apa yg tourist guide tu cerita. Kisah menarik.

(pintu gerbang Agra Fort)

(dihadapan..sultan palace agaknya..hum..)

Fatehpur sikri- kubu juga. Dengarnya istana yang pertama sebelum berpindah ke Agra fort. Kawasan sekeliling dipanggil ‘the ghost city’. Xsempat masuk. Hanya lalu dan tgk dr jauh sahaja.

Meneruskan perjalanan ke Jaipur.

Reflex; sekali lagi kagum dan terpegun dengan kuasa Allah yang maha Penyayang, yang menyisipkan setitis kepandaian kepada manusia sehingga mampu membina binaan se’gah’ Taj Mahal.

Pendapat; kene pergi.dan jika mampu berlakon dengan baik, boleh beli tiket harga tempatan(rs20) untuk masuk taj mahal seperti yang masliana buat. Ceh..

Thursday, March 12, 2009

1st feb- delhi day 2

Pagi2 selepas menjamah sarapan di 'Costa Rico', kami memulakan penjelajahan untuk hari ini.

(gelas tiga size)
Naik metro (rs 8) – satu pengalaman baru. Agak canggih dan lebih besar drpd lrt Malaysia.
(on the way masuk metro)


Red fort (rs250) – kubu merah. Ok je. Mungkin aku kurang hargai binaan ini kerana aku tidak tahu sejarah disebaliknya. Terlalu malas untuk mengupah tourist guide. Mungkin juga kedekut? Ehehehe.
(selepas naek metro,naek beca ke red fort)
Masjid jamek (free) – masjid terbesar India aku dengar. Masjid yang berkonsepkan open air. Dengarnya masih digunakan sebagai masjid. Agak kurang terjaga. Pernah dimasukkan perihalnya dalam siaran ‘Jejak Rasul’ yang katanya menyimpan kesan2 tinggalan Rasulullah. Wallahua’lam.
(dikatakan sebagai kesan tapak kaki Rasulullah..wallahua'lam)
Karim’s restaurant(xingat)- menjamu selera. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Nikmat Allah yang sungguh sedap!! Makanan halal, kambing, ayam, dan lain2..tak terkatakan kerana sangat sedap.
(baiya2 buat roti..thank u baiya!!)
Lakshmi narayan temple – hanya bergambar dihadapan binaan itu.

Reflex- tiba2 aku teringat, setahu aku, salah satu tanda2 akhir zaman ialah apabila masjid2 diukir cantik dan menjadi tempat pelancongan. Benarkah? Wallahua’lam. Allah..ampunkan dosa2 kami..

Pandapat; worth untuk pergi ke masjid jamek n karim’s restoran. Yang lain? Xpergi pon tidak mengapa.

Wednesday, March 11, 2009

28th- Bangalore-delhi

Kenderaan- kapal terbang jenama INDIGO
Cost- rs5200 (approximately)
Perjalanan- 2jam (6am-8am)



(dalam bus yg bw kami pegi naik flight)

Delhi day 1:

National Museum (rs300) -agak membosankan. Hanya banyak patung batu yg diukir dan agak lucah.
(diluar museum..xfaham kenapa gambar ni vertical~~)

India Gate (free) - lebih kurang tugu Negara laaa…


(dihadapan India Gate)
(bergambar bersama pak guard kacak..eheh..)

Akshardam temple (xingat)- not really a temple. Hanya monument yang org bina demi memperingati seseorang. Struktur binaan, ukiran dan taman yang cantik.
(lampu2 bergemerlapan)

Delhi day 1 tamat.

Reflex; tidak banyak yang aku dapat pada hari ini. Aku terfikir betapa Agungnya Allah, memberi kepintaran kepada manusia untuk membina binaan yang sedemikian cantik. Namun adakah mereka bersyukur?



Pendapat: tidak pergi ke tempat-tempat ini pon tidak mengapa.