semalam, sewaktu menunggu makan tengahari, aku dan 2 kakak2 ku duduk2 sambil berbincang2 ttg permasalahan agama. perbincangan mengenai qada' puasa. jika kerana masalah kesihatan, maka kita tidak mampu untuk ganti puasa maka apakah cara lain untuk membayarnya..
perbincangan ini diteruskan dengan hukum2 tajwid, mad asli, mad lin, mad badal dan macam2 mad lg.
tp pengakhirannya, kami semua tahu bahawa, semua ilmu yg kami tahu kini adalah ilmu yg kami pelajari semasa sekolah rendah agama sepanjang tahun 1 hingga tahun 6. tak dinafikan, beberapa perkataan arab yg kami pelajari semasa sekolah rendah juga masih kami ingati hingga kini. mungkin xbanyak tp masih ingat. jika dibandingkan dengan perkataan bahasa arab yg aku pelajari semasa dalam tingkatan, tidak seingat yg aku pelajari semasa sekolah rendah.
tp kini, sekolah rendah agama tidak macam dulu. silibus pelajaran semakin sikit atas alasan budak2 sekolah rendah xperlu belajar banyak2, tunggu diorang besar baru belajar..
benarkah??? mungkin belajar ttg haji, ttg nikah mmg sesuai dipelajari semasa dlm tingkatan. tp ttg hukum tajwid?fekah?tauhid? setahu aku semasa sekolah menengah xde silibus ttg perkara2 ini. jika ada pun terlalu sedikit. tidak dikira lg pelajar2 yg tidak menumpukan perhatian dalam kelas atau yg ponteng kelas. eh.. sifat2 wajib dan mustahil bagi Allah rasenye xde belajar mase sekolah menengah kan? so bagaimana dengan pelajar2 yg tidak dihantar ke sekolah agama sewaktu sekolah rendah?
mmg benar ada yg mengatakan ilmu boleh kita dpt drpd majlis2 ilmu, buku2..itu tidak dinafikan, tapi setuju atau tidak bahawa ade sesetengah manusia yg pabila meningkat remaja, untuk kemajlis agama pon mereka tidak mahu, untuk memegang buku agama pun mereka tidak mahu. lantas bagaimana untuk memberi mereka pengetahuan ttg islam?
cara terbaik, didik anak2 ketika mereka masih kecil. jika tidak mampu mengajar mereka agama sendiri dirumah, hantarlah mereka kesekolah agama. jika mereka tidak mahu kesekolah, cr jalan agar mereka mahu kesekolah atau paksa sahaja mereka. anda ada hak untuk memastikan mereka membesar menjadi manusia berguna. sekurang2nya jika mereka tidak membesar menjadi ustaz pon, insyaAllah mereka sedikit sebanyak masih tahu Islam itu apa, tahu membezakan yg mana baik dan yg mana buruk.
anak itu ibarat kain putih, ibubapalah yg mencorakkannya. jika hitam maka hitamlah dia.jika putih maka putihlah dia.
p/s: hum...tengok kaklong dan angah aku membesarkan anak mereka, bukan perkara mudah. Allah, berikan mereka ketabahan dan kesabaran..ameen~~
UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT
ReplyDelete寂寞空虚裸聊网站 , 一夜情uc聊天室 , 美女裸聊聊天室 , 裸聊交友群 , 真人聊天交友 , 免费交友约炮一夜情 , 免费陪聊视频网 , 寂寞激情直播间 , 寂寞女免费视频交友 , 视频演艺聊天室
ReplyDelete