Friday, February 27, 2009

menjelajah bumi India~

insyaAllah dalam kurang drpd 15jam, aku akan menjejakkan kaki ke Delhi.(tak sabarnye!!) bermula dr situ, aku dan 3org rakan2ku (makwan,masliana,syikin) akan menjelajah beberapa tempat yg terdekat(walaupun xdela dekat mane 14jam tu..eheheh).

antara tempat2nya ialah, Agra(yg ade Taj Mahal tu)
Jaipur(4-5jam dr Agra kot)
dan Shimla(14jam dr Jaipur, tempat sejuk gile~~).

malam ini aku akan turun ke Bangalore dengan TATA INDICA terus ke airport bangalore, flight pukol 6 pagi.

doakan keselamatan kami dan semoga penjelajahan kami ini diterima sebagai satu ibadah..
ameen~~

Sunday, February 15, 2009

Iman Adalah Mutiara..

Iman ~ percaya akan adanya Allah dan membenarkan sekalian barang yg disampaikan oleh Rasulullah saw.

Rukun2 iman..
1. Percaya kepada Allah..
2. Percaya kepada malaikat2
3. Percaya kepada kitab2
4. Percaya kepada Rasul2
5. Percaya kepada hari kiamat
6. Percaya kepada qada’ dan qadar

Percaya kepada Allah..mengaku dengan lidah serta yakin dalam hati bahawa ada tuhan yg benar yg telah menjadikan sekalian alam ini.

Sifat2 wajib bagi Allah..
1. Wujud (ada)
2. Qidam (sedia)
3. Baqa’(kekal)
4. Mukhalafatuhu lil hawadis(menyalahi Allah bagi sekalian yg baharu)
5. Qiamuhu binafsihi (berdiri Allah dengan sendirinya)
6. Wahdaniat(esa dan tunggal)
7. Qudrat(kuasa)
8. Iradat(menentukan)
9. Ilmu(mengetahui)
10. Hayyat(hidup)
11. Sama’(mendengar)
12. Bashor(melihat)
13. Qalam(berkata2)
14. Kaunuhu qadiran(keadaan yg berkuasa)
15. Kaunuhu muridan(keadaan yg menentukan)
16. Kaunuhu ‘aliman(keadaan yg mengetahui)
17. Kaunuhu hayyan(keadaan yg hidup)
18. Kaunuhu sami’an(keadaan yg mendengar)
19. Kaunuhu bashiran(keadaan yg melihat)
20. Kaunuhu mutaqalliman(keadaan yg berkata2)

Sifat2 mustahil bagi Allah:
1. ‘Adam(tiada)
2. Hadus(baharu)
3. Fana’(binasa)
4. Mumasalatuhu lilhawadith(bersamaanNya bagi sekalian yang baharu)
5. Qiamuhu bighairihi(berdiri Allah dengan yang lain)
6. Ta’dud(berbilang2)
7. ‘ajzun (lemah)
8. Karahah(tidak menentukan)
9. Jahil(tidak mengetahui)
10. Maut(mati)
11. Summun(tuli)
12. ‘umyun(buta)
13. Bukmun(kelu)
14. Kaunuhu ‘ajizan(keadaan yg lemah)
15. Kaunuhu karihan(keadaan yg tidak menentukan)
16. Kaunuhu jahilan(keadaan yg tidak mengetahui)
17. Kaunuhu maitan(keadaan yg mati)
18. Kaunuhu asaman(keadaan yg tuli)
19. Kaunuhu a’maa(keadaan yg buta)
20. Kaunuhu abkam(keadaan yg kelu)

Sifat harus bagi Allah..

Harus bagi Allah memperbuatkan mumkin atau meninggalkannya.
Mumkin: barang yg harus adanya dan tiadanya
Umpamanya, harus bagi Allah menjadikan langit,bumi, matahari etc. dan harus bagi Allah tidak menjadikannya. Tidak wajib bagi Allah menjadikan sesuatu seperti menghidupkan atau mematikan, bahkan semuanya harus pd hak Allah.

semoga ilmu hari ini berkat..ameen~

p/s:buku teks (fekah,tauhid,akhlaq)sekolah rendah agama An-nuriah, sungai selisek,Selangor(97-99)

Hadiah Kaseh~~drpd sahabat untuk sahabat..

Malam ini merupakan malam yang istimewa buatku. Aku terima hadiah kaseh drpd sahabatku. Hadiah kaseh?apakah?bungakah?coklatkah?hum…
Hadiah kaseh yang kuterima pada malam ini insyaAllah dapat aku kongsi bersama2 dengan sahabat2ku yang lain.

..tutt..tutt..(konon2nya bunyi 1msg recieved). tertera pada kaca skrin telefon tanganku..
“salam amar,sya nk hadiahkan awk ayat 30 surah Al-Baqarah, ayat 56 surah Az-Zariyat (surah 51) dan ayat 20 surah al-Hadid (surah 57). Selamat menjawab persoa(…) ”-sms yang tidak terima habis due to connection problem agaknya-

hadiah kaseh yang kuterima..

Dan (ingatlah) ketika tuhanmu berfirman kepada para malaikat,”Aku hendak menjadikan khalifah dibumi.” Mereka berkata, “apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah disana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?”Dia berfirman, “sungguh,Aku mengetahui apa yg tidak kamu ketahui”(2:30)

Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu(51:56)

Ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sendagurauan, perhiasan dan saling berbangga diantara kamu serta berlomba dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani, kemudian(tanaman) itu menjadi kering dan kamu lihat warmanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan diakhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu. (57:20)

Semoga ilmu hari ini berkat..ameen

p/s: terima kaseh manusia..

Tuesday, February 10, 2009

GIGI KITA..




Penjagaan gigi kanak-kanak
Islam kehendaki setiap umat muslim itu sentiasa bersih badan,pakaian dan pernafasan yg wangi dan suci. Oleh itu, setiap muslim yg sedar mestilah sentiasa menjaga mulutnya supaya tidak tercium bau yg menyakitkan.



Sayyidatina Aishah r.a. telah berkata:
Rasulullah s.a.w. tidak pernah tidur malam atau siang hari kecuali baginda bersugi. Menggosok gigi setelah bangun dr tidurnya sebelum baginda mengambil wudu’.
(riwayat Ahmad)


Rasulullah s.a.w. bersabda :
Kalaulah tidak akan menyusahkan umatku, nescaya aku suruh mereka bersugi pada tiap2 kali hendak menunaikan solat.
(riwayat As Syaikhan)

Pertumbuhan gigi..
Terdapat dua pertumbuhan gigi seumur hidup. Pertama, gigi susu yg mula tumbuh pada usia lebih kurang 6 bulan hingga 2 setengah tahun- lengkap 20batang. Semua gigi susu akan digantikan dengan gigi kekal secara berperingkat bermula pada usia 6tahun hingga 21tahun- lengkap 32batang. Antara usia 2setengah hingga 13 tahun adalah peringkat percampuran di mana kedua2 jenis gigi itu hadir dalam mulut.



Fungsi gigi
-Mengunyah makanan.
-Mencantikkan paras rupa.
-Membantu bertutur dengan baik
-Menjaga ruang dan menentuka arah pertumbuhan gigi kekal(fungsi khas gigi susu) amat penting bagi mengelakkan pertumbuhan gigi kekal yg tidak teratur.



Masalah pergigian.
-Karies(gigi berlubang)
-Penyakit gusi
-Gigi tidak teratur


Cara2 penjagaan gigi.
1.Menjaga kebersihan gigi(berus sekurang2nya 2kali sehari)
-Floss gigi
2.Menjaga diet atau pemakanan.
-Kurangkan makanan manis..
-Kurangkan makan antara waktu makan.
-Makan makanan yg seimbang dan berkhasiat
3.Mendapatkan rawatan pergigian..
-Sekurang2nya 6bulan sekali
-Tidak menakutkan kanak2 untuk berjumpa doctor gigi
4.Elakkan tabiat seperti hisap jari,gigit pen..




p/s:belas ihsan drpd DR.NURHIN