Sunday, August 2, 2009

REFORMASI..1 ogos 2009

sabtu lepas...aku turun ke kuala lumpur...

dalam pada malaysia di kejutkan dengan reformasi mansuhkan ISA di jalan2 utama di kuala lumpur, aku dengan degil tetap turun juga..
niat utama untuk menghadiri jamuan BBQ di rumah cousinku..sambil menyelam minom air, aku pon minomla air di KLCC,ade PC fair..ehheheheeh..

sebelum tu..perjalanan menaiki bus dr tg malim ke pudu raya sepatutnya hanya mengambil masa 1jam...terus menjadi 1.5 jam kerana banyak jalan ditutup...itu takpela lagi since perkara2 begini expectedla..sape suruh aku mahu turun juga kan?

sampainye aku di pudu raya...terus aku menapak ke stesen lrt masjid jamek kerana mahu ke KLCC...

dengan penat lelahnye, aku terkejut melihat pintu2 stesen yg tutup..

mengapakah?

"ting ting ting ting..tren ini tidak akan berhenti di stesen masjid jamek,harap maaf"

terdengarla aku announcement yg dibuat oleh macik stesen keretapi tu...hampa dan penat peluh2...

so..ape lg...terpaksela aku menapak ke stesen lrt pasar seni..walaupon xdela jauh sangat..tp cukup jauhla untuk buat urat2 kaki aku ni lenguh2..adeih...

penat2..berpeluh2..

pengalaman, dpt lihat kejadian dgn mata sendiri..hum....aku TIDAK BOLEH mengulas apa2 ttg reformasi ini. kesnya terlalu rumit dan melibatkan ramai pihak. tp aku yakin setiap pihak ada kepentingan masing2. aku di pihak manapun aku tidak tahu. jesteru aku ambil jalan tengah, tidak menyokong siapa2 dan tidak menyalahkan siapa2..
pada aku, jika kita tidak mahu telibat, biar KESELURUHANNYA tidak terlibat. jangan kata tidak terlibat tapi merungut2 menyalahkan orang itu dan ini. sungguh aku tak gemar manusia begini.
aku cukup tidak suka dengan suratkhabar masa kini. penulisan yg tidak cukup bagus aku kira..bukan berniat untuk menjatuhkan siapa2,tp hanya ingin menyuarakan pendapat.
bukankah suratkhabar sepatotnya hanya melaporkan, bukan membuat ulasan?.
laporan perlu ada fakta dan gaya penulisannya perlu berbentuk natural, tidak acid dan tidak alkali. biar pembaca berfikir sendiri dan membuat ulasan sendiri. tp suratkhabar kini lebih kepada ulasan dan interpretasi penulis tersebut, maka hasil tulisannya berat sebelah, dan ia bukan lagi laporan, hanya ulasan...

p/s: aku tidak suka, langsung tidak membaca...hahahaha

No comments:

Post a Comment