Monday, August 17, 2009

dental chair..

Hari ini aku melangkah setapak lagi menghampiri cita2ku, untuk menjadi seorang dentist.
Hari ini 1st clinical posting at conservative & endodontics department. Kerana kitorg lambat masuk kelas(ponteng 9 clinical sebab nak dok kat Malaysia lame2..ehehhehe), so kawan2 satu batch semua da start buat treatment on real patient. Kitorg belum lagi. Masih buat cavity atas extracted teeth.. xpe..kami pon memang obvious sangat belum bersedia. Sejak dr semalam lagi aku da nervous2 nak masuk clinical postings. Ehehheheh..

Then td, aku da dpt dental chair aku sendiri. Kirenye sepanjang2 aku di postingkan di deparment ini, dental chair ni aku yg punya walaupon aku belum buat treatment kat patient, sabar k..eheheh

InsyaALlah, aim aku, within this week aku kene siapkan my quota on d extracted teeth, then starts treating patient. Ya Allah, beri aku keyakinan. Cuak kot nak treat patient. Masuk2kan alatan2 tajam dlm mulut manusia, dalam erti kata lain memegang kepercayaan yg diletakkan oleh seorang manusia lain.

Aku berdoa agar urusan kitorg dimudahkan since kitorg kene compensate blk classes that we’v missed. So kene pandai2 curi maselaa…padan muke..

Huhuuhuh…..
p/s: agak penatla..tp biaselaa..awal2 mesti semangat gile kan..ehehehehhe

Wednesday, August 12, 2009

basic..


semalam, sewaktu menunggu makan tengahari, aku dan 2 kakak2 ku duduk2 sambil berbincang2 ttg permasalahan agama. perbincangan mengenai qada' puasa. jika kerana masalah kesihatan, maka kita tidak mampu untuk ganti puasa maka apakah cara lain untuk membayarnya..

perbincangan ini diteruskan dengan hukum2 tajwid, mad asli, mad lin, mad badal dan macam2 mad lg.

tp pengakhirannya, kami semua tahu bahawa, semua ilmu yg kami tahu kini adalah ilmu yg kami pelajari semasa sekolah rendah agama sepanjang tahun 1 hingga tahun 6. tak dinafikan, beberapa perkataan arab yg kami pelajari semasa sekolah rendah juga masih kami ingati hingga kini. mungkin xbanyak tp masih ingat. jika dibandingkan dengan perkataan bahasa arab yg aku pelajari semasa dalam tingkatan, tidak seingat yg aku pelajari semasa sekolah rendah.

tp kini, sekolah rendah agama tidak macam dulu. silibus pelajaran semakin sikit atas alasan budak2 sekolah rendah xperlu belajar banyak2, tunggu diorang besar baru belajar..

benarkah??? mungkin belajar ttg haji, ttg nikah mmg sesuai dipelajari semasa dlm tingkatan. tp ttg hukum tajwid?fekah?tauhid? setahu aku semasa sekolah menengah xde silibus ttg perkara2 ini. jika ada pun terlalu sedikit. tidak dikira lg pelajar2 yg tidak menumpukan perhatian dalam kelas atau yg ponteng kelas. eh.. sifat2 wajib dan mustahil bagi Allah rasenye xde belajar mase sekolah menengah kan? so bagaimana dengan pelajar2 yg tidak dihantar ke sekolah agama sewaktu sekolah rendah?

mmg benar ada yg mengatakan ilmu boleh kita dpt drpd majlis2 ilmu, buku2..itu tidak dinafikan, tapi setuju atau tidak bahawa ade sesetengah manusia yg pabila meningkat remaja, untuk kemajlis agama pon mereka tidak mahu, untuk memegang buku agama pun mereka tidak mahu. lantas bagaimana untuk memberi mereka pengetahuan ttg islam?



cara terbaik, didik anak2 ketika mereka masih kecil. jika tidak mampu mengajar mereka agama sendiri dirumah, hantarlah mereka kesekolah agama. jika mereka tidak mahu kesekolah, cr jalan agar mereka mahu kesekolah atau paksa sahaja mereka. anda ada hak untuk memastikan mereka membesar menjadi manusia berguna. sekurang2nya jika mereka tidak membesar menjadi ustaz pon, insyaAllah mereka sedikit sebanyak masih tahu Islam itu apa, tahu membezakan yg mana baik dan yg mana buruk.

anak itu ibarat kain putih, ibubapalah yg mencorakkannya. jika hitam maka hitamlah dia.jika putih maka putihlah dia.



p/s: hum...tengok kaklong dan angah aku membesarkan anak mereka, bukan perkara mudah. Allah, berikan mereka ketabahan dan kesabaran..ameen~~

Monday, August 10, 2009

selamat hari lahir batrisya..

"selamat hari jadi,
selamat hari jadi,
selamat hari jadi batrisya..,
selamat hari jadi..."


hr ni hr lahir yg kedua siti nurbatrisya.yg bestnye, celebration tu di adakan di tadika KEMAS depan rumah, sambut dengan kawan2 die(batrisya selalu pergi sekolah tadika). tp waktu ni batrisya xberape sihata sgt..so die cam bad mood siket..

jamuan tu kecil kecilan je, ade sebijik kek, then adela snacks sikit setiap sorg dpt. ade waffer, jeli dan ape lg aku pon xigt.



video

video

lets d pictures talking..huhuhu


batrisya dan opahpotong kek
apit,kak ila,batrisya,ecah, yu cen
(batrisya bgtau name kawan2 die)



p/s:semoga siti nurbatrisya membesar menjadi pejuang agama..ameen~~

Sunday, August 9, 2009

kelebihan solat dua rakaat


Assalamualaikum wbt..
Kebesaran solat dua rakaat

ALLAH selesai menciptakan Jibril a.s dengan bentuk yang cantik dan Allah menciptakan pula baginya 200 sayap yang panjang. Sayap itu antara timur dan barat. Ada pendapat menyatakan

124,000 sayap.Selepas itu Jibril a.s memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah Engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripadaku?" Lalu Allah berfirman yang bermaksud: "Tidak.

"Kemudian Jibril a.s berdiri dan bersolat dua rakaat kerana syukur kepada Allah dan setiap rakaat itu tempohnya 20,000 tahun.Selepas Jibril a.s solat, Allah berfirman yang bermaksud:

"Wahai Jibril, kamu sudah menyembah Aku dengan ibadat yang bersungguh-sungguh dan jika tidak ada seorangpun yang menyembah kepadaKu seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan ada seorang Nabi yang mulia yang paling Aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa. Sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar saja dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kekurangan, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga.Maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu Aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibril a.s berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"Lalu Allah berfirman yang bermaksud: "Ya Jibril, akan Aku berikan syurga Ma'wa sebagai tempat tinggal mereka."

Sesungguhnya Allah menyembunyikan enam perkara, iaitu:
Allah menyembunyikan redhaNya dalam ketaatan.
Allah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.
Allah menyembunyikan namaNya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
Allah menyembunyikan Lailatul Qadr di dalam Ramadhan mubarak.
Allah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (lima waktu).
Allah menyembunyikan (tarikh berlaku) hari kiamat di dalam semua hari.

(dari sahabat)

Friday, August 7, 2009

anak nakal~~

sejak 2 3 menjak ni aku susah tido malam..kerap tido lambat..aku rasa mungkin aku sudah mula rasa cuak dan tension memandangkan result exam akan diumumkan dlm jangka masa terdekat nih. fuhh..cuaknye!!

so malam nih pon aku xbuleh tido..mungkin juga kerana td aku minom air nescafe ice, so ia menambah lg ketidakbolehan aku untuk tido..untuk menghilangkan kebusanan, aku pon tgkla gambar2 lame..
dan apa yg menggembirakan aku ialah..aku jumpe gambar nih!!!
cube taka gambar siapa nih????
ehehehehehe....
nih gambar mak aku..yg aku amek dengan hp aku..
hum...bile tgk2 balik..pecah perot aku gelak malam2 nih..
adeih....nakal betol anak mak aku nih...
haish...

sorry mak...eheheheheh
p/s: Ya ALlah, dia mak terbaik yg Kau anugerahkan untukku. tiada dia maka tiadalah aku. Terima kaseh Allah atas pemberianMu. Aku mohon agar Kau sediakan dia tempat dalam syurgaMu....ameen~~

wanita oh wanita

Oh mengapa semua ini terjadi
Kehancuran wanita akhir zaman
Martabatnya kini dipandang hina
Maruah tiada terbela..

Anak gadis menjadi bahan mainan
Hamba nafsu serakah insane buana
Apakan daya dirmu wanita
Akhirnya batinmu tersiksa..

Pilunya rasa didalam jiwa
Hidupmu diselubungi duka
Jalan yg disangka membawa bahgia
Derita menanti di sana..

Sedarlah oh wanita
Dirimu amatlah berharga
Pertahankan maruah
Tinggalkan lembah hina..

Kembalillah pada Allah
Carilah keredhaannya
Masih ada kesempatan masa
Sebelum kau menemuinya..
"SESUATU YG BENAR MUNGKIN AKAN GAGAL KERANA TIDAK ADA PERANCANGAN DAN KEBATILAN YG TERANCANG TIDAK MUSTAHIL AKAN MENCAPAI KEJAYAAN"