Monday, August 3, 2009

"Ass-U-Me"

semalam, pulang dr Kuala Lumpur, aku ambil bus ke Ipoh supaya aku boleh turun di hentian sebelah behrang, lebih mudah untuk pulang.aku pulang bersama seorang teman sekolejku.

(kejadian sebenar)
semasa beli tiket, aku tiada wang kecil. jd temanku itu yg bayarkan dahulu. sampai2 sahaja di hentian sebelah behrang, aku terus ke lori niaga (kepunyaan mak ku), ambil duet kecil (2 x RM10)untuk pulangkan duet temanku itu. sepupuku pada masa itu yg sedang menjaga lori niaga. aku perkenalkan temanku dengan sepupuku.
untuk temanku, aku bekalkan dia sebiji pau dan sebotol air soya, buat alas perut.
beberapa minit kemudian, driver bus bekenaan datang lalu ambil (dengan sendirinya)sebotol air soya dan keropok udang(mmg kebiasaannya driver bus tidak perlu bayar kerana mereka datang bawa penumpang-rezeki untuk kami).habis cerita.

(assumption)
hari ini, emak cerita kpd aku ttg cerita yg diceritakan oleh sepupuku kpd mak ttg semalam..sepupuku cerita pd mak yg aku ambil duet rm10 dan beri pada driver bus kerana die ASSUME aku tumpang sahaja bus tu tanpa beli tiket(since behrang hanya separuh perjalanan dr KL ke ipoh). lepas tu die ASSUME lg yg aku bagi driver bus tu makanan sebab aku terhutang budi..

hum...bile pulak aku bagi driver tu duet? makanan tu pon bukan aku yg bagi, driver tu yg ambil sendiri...aku pon ASSUMEla yg sepupuku tu ASSUME temanku itu driver bus!!! ade gaya driver bus agaknye temanku nih!!!kahkahkah!!

p/s: bahaya assumption nih..boleh menjurus kepada fitnah...huhuhh

Sunday, August 2, 2009

REFORMASI..1 ogos 2009

sabtu lepas...aku turun ke kuala lumpur...

dalam pada malaysia di kejutkan dengan reformasi mansuhkan ISA di jalan2 utama di kuala lumpur, aku dengan degil tetap turun juga..
niat utama untuk menghadiri jamuan BBQ di rumah cousinku..sambil menyelam minom air, aku pon minomla air di KLCC,ade PC fair..ehheheheeh..

sebelum tu..perjalanan menaiki bus dr tg malim ke pudu raya sepatutnya hanya mengambil masa 1jam...terus menjadi 1.5 jam kerana banyak jalan ditutup...itu takpela lagi since perkara2 begini expectedla..sape suruh aku mahu turun juga kan?

sampainye aku di pudu raya...terus aku menapak ke stesen lrt masjid jamek kerana mahu ke KLCC...

dengan penat lelahnye, aku terkejut melihat pintu2 stesen yg tutup..

mengapakah?

"ting ting ting ting..tren ini tidak akan berhenti di stesen masjid jamek,harap maaf"

terdengarla aku announcement yg dibuat oleh macik stesen keretapi tu...hampa dan penat peluh2...

so..ape lg...terpaksela aku menapak ke stesen lrt pasar seni..walaupon xdela jauh sangat..tp cukup jauhla untuk buat urat2 kaki aku ni lenguh2..adeih...

penat2..berpeluh2..

pengalaman, dpt lihat kejadian dgn mata sendiri..hum....aku TIDAK BOLEH mengulas apa2 ttg reformasi ini. kesnya terlalu rumit dan melibatkan ramai pihak. tp aku yakin setiap pihak ada kepentingan masing2. aku di pihak manapun aku tidak tahu. jesteru aku ambil jalan tengah, tidak menyokong siapa2 dan tidak menyalahkan siapa2..
pada aku, jika kita tidak mahu telibat, biar KESELURUHANNYA tidak terlibat. jangan kata tidak terlibat tapi merungut2 menyalahkan orang itu dan ini. sungguh aku tak gemar manusia begini.
aku cukup tidak suka dengan suratkhabar masa kini. penulisan yg tidak cukup bagus aku kira..bukan berniat untuk menjatuhkan siapa2,tp hanya ingin menyuarakan pendapat.
bukankah suratkhabar sepatotnya hanya melaporkan, bukan membuat ulasan?.
laporan perlu ada fakta dan gaya penulisannya perlu berbentuk natural, tidak acid dan tidak alkali. biar pembaca berfikir sendiri dan membuat ulasan sendiri. tp suratkhabar kini lebih kepada ulasan dan interpretasi penulis tersebut, maka hasil tulisannya berat sebelah, dan ia bukan lagi laporan, hanya ulasan...

p/s: aku tidak suka, langsung tidak membaca...hahahaha

Thursday, July 30, 2009

hati siapa lebih cantik..


ini cerita tentang seorang tua dan seorang pemuda tentang hati mereka..

suatu hari seorang pemuda masuk ke dalam sebuah pasar menunjukkan hatinya yg licin berkilat, mencanangkan kepada mereka bahawa hatinyalah yg paling cantik sekali. orang tua itu menyangkal dan mengatakan bahawa hatinyalah yg paling cantik sekali. pemuda itu melihat hati orang tua itu. nyata sekali hatinya hodoh kerana ada bahagian yg berlubang, ada bahagian berpalam daging sehingga daging itu tersembul melebihi lubangnya dan ada pula bahagian berpalam yg dengan keadaan daging palam terbenam ke dalam lubang.

"kenapa pakcik berbohong?" tanya pemuda.

"biar aku jelaskan" kata orang tua.

"lubang2 pada hatiku ini adalah hatiku yg telah aku berikan kepada orang lain kerana aku menyayanginya. ada orang yg membalas kasih sayangku maka hatinya berada dalam lubang hatiku. sebab tak mungkin kita menyayangi sama banyak, maka jika org itu menyayangi aku lebih drpd aku menyayanginya, daging hatinya melebihi lubang pada hatiku. ada org aku menyayangi dia lebih drpd dia menyayangi aku maka daging hatinya tenggelam dalam lubang hatiku" jelas orang tua.

"lubang yg kosong pula bagaimana?" tanya pemuda lg.

"ada orang yg tidak membalas kasih sayangku maka lubang hatiku tak di isi. aku berdoa dan berharap agar suatu hari nanti orang itu akan kembali dan letakkan hatinya pada hatiku.."



p/s:hati siapa lebih cantik? petikan drpd 'sonata kasihku'..

Friday, July 24, 2009

anak buah-buahan..


dengan kuasa Allah...sehari selepas aku pulang ke Malaysia, aku terima berita gembira..
aku dapat anak buah baru!!!! baby boy...
megat amsyar zikri..'yg cergas ingatanku'..

ni anak buah aku yg kedua, anak kepada angah aku..
sebelum ini, anak buahku yg pertama namanye siti nur batrisya, anak kaklong..
hum...

Siti Nurbatrisya dan Megat Amsyar Zikri


semoga anak2 buah-buahan aku membesar menjadi pejuang islam di bumi ALlah..
ameen~~

Wednesday, July 22, 2009

Jangan pandang sebelah mata!!

tolong percaya kata aku,
org yg hanya berniaga pisang goreng pon mampu memiliki sebuah kereta mercedes!!!

kenapa??tak percaya??jadi tolong percaya sekarang...
dan tolong jangan pandang sebelah mata dengan org2 yg berniaga di tepi jalan, kerana mungkin pendapatan sehari mereka lebih 3kali ganda dr pendapatan anda sehari!!!!

yg aku kata mempu memiliki sebuah mercedes,,xsemestinya mercedes 1st hand..
mercedes 2nd @ 3rd hand pon bukan org tau..tp masih mercedes kan??

untuk org2 yg mentalitynya hanya igt org2 yg berniaga tepi jalan ni org miskin atau susah..tolong betolkan mind set anda..kerana mind set yg sebegitu selalunya, pengakhirannya akan terjadi hasad dengki dan fitnah..

"eh eh..die tu niage tepi jalan je..tp dapat pakai kerete mersedes...dr manela dapat duet ye."

"ntah2 adela tu amek duet dr mane2 tu.."

n bla..bla..bla...
sedap2 je mulut orang memfitnah...

aku beri amaran sekali lagi..
tolong jangan pandang sebelah mata dngan org2 yg berniaga kecil2an tepi jalan, dan tolong betolkan mind set anda terhadp mereka...itu lebih baik bagi mengelakkan timbulnya fitnah dan syak wasangka...

p/s: ulat dalam batu pon mungkin hidup lebih mewah drpd singa di hutan...

Wednesday, July 15, 2009

kisah ikan...

aku pon xtahu bila mulanye..
tp tiba2 je ade 'musim' bela ikan di davangere..

mula2 aku xdela interested sangat nak bela2 ikan nih...

malas nak jage laa...

tp satu hari tu, budak2 cerite la yg ade antara ikan diorang pregnant..ade yg da beranak pinaklaa....aku interested gile nak bela 'family ikan'..

ade mak ikan, bapak ikan n anak2 ikan...

then satu hari..aku pn belila ikan...

ikan pertama yg aku beli, name die Mr. Tigger...(jenis ikan harimau)

sekor je sebab kat kedai tu mmg die sorg2 je...

then aku beli lagi sepasang ikan ape ntah...name die Pa & Ma..
dengan harapan derg buleh beranak nanti...
da dekat sebulan kot aku bela ikan2..
da 2ekor ikan mati..

yg pertama Ma..mati xcukup oksigen kot...

sian...bengkok2 badan die..cam ade lendir2 kuar dr insang die... die mati sehari lepas aku bela die..ape lg, nanges2 la aku..teros cam xbersemangat nak bela ikan lagi...

tp aku teruskan jugak ngan ikan2 aku yg lg 2 ekor tu..

mule2 macam ok je sebab aku da ade mesin oksigen tu...siap ade balang ikan yg besar lg..

happy2 laa...

tibe2 satu hari...aku nampakla mr. tigger cam terapung2...die da nazak!!! tgk keadaan die mase tu...menanges lg sekali aku!!!!!badan die tobek2, bergaduhla agaknye ngan ikan lagi satu..habis sirip2 die semue da kene gigit..berdarah2..

hum...

cukupla setakat ini...serik aku nak bela binatang lg...walaupun hanya binatang, namun mereka juga makhluk ALlah..



ikan..maafkan aku...hum...

p/s: xnak bela ikan lagi lepas nih...huuu

Monday, June 8, 2009

tepuk hati tanya iman...

satu malam di CCD(cafe coffee day)..

kami ber6..(aku,makwan,masliana,syikin, syazween n bad)

borak2..
tibe2...kekecohan berlaku!!
seorang pemuda(senior kolej aku warganegara iran) lari2 masuk dalam CCD..
dia kene kejar oleh beberapa orang lelaki penduduk tempatan....

depan mata kitorg...pelajar tu tadi kene tumbuk..sepak2 kat perut...pukul muka dengan selipar...berdarah2 muka die...
hum....

tergamam kitorg....hanya dapat memandang sahaja tanpa dapat berbuat apa2..
takot n sedeyh....

selepas beberapa minit...polis pon datang leraikan pergaduhan...

kami pon start tanye2 pekerja CCD tentang hal sebenar...

alkisah.....pelajar lelaki tersebut memandu kereta dengan laju(sangat laju kata mereka )hingga hampir melanggar pengguna jalan raya yg lain. ada yg kata die memandu dalam keadaan mabuk (wallahu a'lam)..
tu yg kene kejar dek penduduk tempatan tu...kejar sampai dapat...
bila da dapat...abesla lunyai pelajar tu...

hum....
ganas2....
panas baran...
emosional...
haish...

untuk pelajar2 davangere..sile lebih berhati2 ye...
bawa perlahan2 je moto tu eh...ehehehehehe....

p/s: bertanya pada diri sendiri..andai pergaduhan itu antara islam dan agama lain... mampukah aku mempertahankan pemuda td? atau hanya duduk dan tengok, tanpa mahu membuat apa2 kerana takot dipukul sama? tepuk hati tanya iman....
kukuhkan iman kami ALlah...