ini cerita tentang seorang tua dan seorang pemuda tentang hati mereka..
suatu hari seorang pemuda masuk ke dalam sebuah pasar menunjukkan hatinya yg licin berkilat, mencanangkan kepada mereka bahawa hatinyalah yg paling cantik sekali. orang tua itu menyangkal dan mengatakan bahawa hatinyalah yg paling cantik sekali. pemuda itu melihat hati orang tua itu. nyata sekali hatinya hodoh kerana ada bahagian yg berlubang, ada bahagian berpalam daging sehingga daging itu tersembul melebihi lubangnya dan ada pula bahagian berpalam yg dengan keadaan daging palam terbenam ke dalam lubang.
"kenapa pakcik berbohong?" tanya pemuda.
"biar aku jelaskan" kata orang tua.
"lubang2 pada hatiku ini adalah hatiku yg telah aku berikan kepada orang lain kerana aku menyayanginya. ada orang yg membalas kasih sayangku maka hatinya berada dalam lubang hatiku. sebab tak mungkin kita menyayangi sama banyak, maka jika org itu menyayangi aku lebih drpd aku menyayanginya, daging hatinya melebihi lubang pada hatiku. ada org aku menyayangi dia lebih drpd dia menyayangi aku maka daging hatinya tenggelam dalam lubang hatiku" jelas orang tua.
"lubang yg kosong pula bagaimana?" tanya pemuda lg.
"ada orang yg tidak membalas kasih sayangku maka lubang hatiku tak di isi. aku berdoa dan berharap agar suatu hari nanti orang itu akan kembali dan letakkan hatinya pada hatiku.."
p/s:hati siapa lebih cantik? petikan drpd 'sonata kasihku'..
No comments:
Post a Comment