kisahnya bermula disini...
Agra Fort,
istana yg diduduki Shah Jahan dan kaum kerabatnya. Dua perkahwinan pertama Shah Jahan tidak berupaya melahirkan cahaya mata. Walaubagaimanapun, perkahwinan ketiganya dengan Mumtaz, telah melahirkan ramai anak(lupa bilangan tepat anak mereka).
Bertambah2la cinta Shah Jahan terhadap Mumtaznya. Walaubagaimanapun, cinta mereka tidak kekal, apabila Mumtaz menghembuskan nafas terakhirnya ketika melahirkan anak mereka yg terakhir(tak ingat..heheh).
Namun sebelum itu, Mumtaz pernah membuat permintaan kepada Shah Jahan untuk membina lambing cinta mereka apabila dia mati kelak. Kerana inilah bermulanya pembinaan Taj Mahal..
Taj Mahal, istana mahkota(taj=mahkota, mahal=istana), yg binaan asalnya dibuat drpd batu merah, namun disaluti dengan batu marmar keseluruhannya. Bukan itu sahaja, bahkan ukiran2 di dindingnya yg sangat halus, yg mana batu2 berharga di benamkan kedalam marmar tersebut. Ada juga dibenamkan permata namun sudah dicabut oleh penjajah british semasa india bawah jajahan mereka.
(anjung bilik penjara Shah Jahan(kanan)..merenung taj mahal)
Tidak semudah itu sejarah Shah Jahan. Sebelum dia meninggal dunia, Shah Jahan telah dipenjarakan oleh anak ketiganya, setelah membunuh 2 abangnya kerana takhta. Shah Jahan dipenjarakan dalam istananya sendiri.namun dia dibenarkan untuk memilih mana2 bilik yg disukainya untuk dipenjarakan. Shah Jahan memilih bilik terpaling hujung yang mempunyai anjung, menghadap Taj Mahal.
Dr anjung tersebutlah, Shah Jahan merenung Taj Mahal dengan bantuan pantulan cermin dek kerana matanya yang semakin kabur dimakan usia. Shah Jahan menghembuskan nafas terakhirnya setelah 8thn dipenjarakan dalam istana sendiri. Berakhirnya hidup pencinta agung dunia.
Taj Mahal sebenarnya adalah tempat dimana Mumtaz dikebumikan. Dan jasad Shah Jahan juga dikebumikan sebelah Mumtaz dalam Taj Mahal atas permintaannya sendiri sebelum meninggal dunia.
Tiga perkara yang aku tahu sangat mampu untuk mengubah seorang lelaki…
perempuan,anak,harta. Benarkah?
p/s:menusia pernah berkata..
”bercinta biarlah sampai ke syurga, tidak cukup sekadar ke hujung hayat”..
Tiga perkara yang aku tahu sangat mampu untuk mengubah seorang lelaki…
perempuan,anak,harta. Benarkah?
p/s:menusia pernah berkata..
”bercinta biarlah sampai ke syurga, tidak cukup sekadar ke hujung hayat”..
Taj Mahal.. lambang cinta sejati..namun..sampai syurgakah cinta mereka?
cinta yang sangat indah dan sejati
ReplyDelete