RM10=Rs100..mungkin kurang..
Hari ini seharian aku bermandi keringat..cewah..persis bertani gayanya…
Pelajar pergigian Malaysia hari ini telah membuka gerai makan sempena acara ‘vivid’..
Makanan yg kami jual ialah nasi lemak, roti jala, kek batik, pudding roti, munchkin, ABC, air nenas,sirap limau dan neslo..
Makanan yg kami jual ialah nasi lemak, roti jala, kek batik, pudding roti, munchkin, ABC, air nenas,sirap limau dan neslo..
Untung bersih hasil penjualan lebih kurang rs100 setiap seorang..
Jika difikirkan kembali, boleh sahaja aku ‘halalkan’ duet untungku itu. Duet biasiswaku masih ada lagi. Bukan berlagak, tp dengan rs100, boleh saja aku belanjakan dalam masa beberapa minit.
Namun, rs100 ini berbeza. Ini hasil titik keringatku bermula jam 5ptg hari sabtu hingga 5ptg ahad.
Namun, rs100 ini berbeza. Ini hasil titik keringatku bermula jam 5ptg hari sabtu hingga 5ptg ahad.
Teringat kata2 emak..
“kamu xrasa macam mana susahnya nak dapat rm10, mmg kamu xtahu..”
Kata emak dahulu memarahi aku kerana aku boros.
“kamu xrasa macam mana susahnya nak dapat rm10, mmg kamu xtahu..”
Kata emak dahulu memarahi aku kerana aku boros.
Masa cuti sekolah tingkatan 2, aku mula bekerja di petronas, jam kerja mulai 8pg hingga 4ptg. Gaji rm10 sehari!
Aku mula faham kata2 emak.
Aku mula faham kata2 emak.
Emak dan abahku berniaga di hentian sebelah behrang menghala utara. Berbaza dengan pekerjaan majoriti ibubapa. Berniaga mungkin mendatangkan untung,malah sangat tidak mustahil untuk peroleh pendapatan bulanan lebih dari seorg doktor, namun ini pekerjaan yg memerlukan kesabaran, ketabahan, kecekalan. Sangat seronok tika kulit dihembus sepoi angin dr penghawa dingin. Namun tidak untuk emak dan abah, dihembus terik mentari menyengat.
Sama juga hari ini. Mmg khemah disediakan. Namun musim panas di davangere cukup untuk menggelegakkan darah ke segenap ruang kapilari, memaksa jantung bekerja lebih keras, hampir mencecah paras 'hypertensi'.
Sungguh, rm10 sekelip mata sahaja boleh habis. Namun nak mendapatkan rm10, bersengkang mata, basah keringat. Perlu tahu erti usaha untuk menjadi lebih menghargai.
Alhamdulillah, hari ini dengan usaha sendiri, keringat sendiri, dengan izin Allah, dengan bantuan kawan2, aku Berjaya beroleh pendapatan rs100.
Semoga aku Berjaya kawal sifat suka berbelanja..
Semoga lebih berusaha untuk mendapatkan sesuatu..
Terima kaseh emak abah kerana sudi besarkan aku dengan titis keringat mereka..
’ya Allah, kasihi mereka sepertimana mereka mengasihiku sewaktu kecil hingga aku besar..ameeen..’
’ya Allah, kasihi mereka sepertimana mereka mengasihiku sewaktu kecil hingga aku besar..ameeen..’
p/s; duet xbulat untuk datang bergolek, duet pipih, namun xkan datang melayang..usaha,doa..tawakkal..insyaALlah..
No comments:
Post a Comment