Sunday, March 29, 2009

RM10..




RM10=Rs100..mungkin kurang..

Hari ini seharian aku bermandi keringat..cewah..persis bertani gayanya…
Pelajar pergigian Malaysia hari ini telah membuka gerai makan sempena acara ‘vivid’..
Makanan yg kami jual ialah nasi lemak, roti jala, kek batik, pudding roti, munchkin, ABC, air nenas,sirap limau dan neslo..
Untung bersih hasil penjualan lebih kurang rs100 setiap seorang..
Jika difikirkan kembali, boleh sahaja aku ‘halalkan’ duet untungku itu. Duet biasiswaku masih ada lagi. Bukan berlagak, tp dengan rs100, boleh saja aku belanjakan dalam masa beberapa minit.
Namun, rs100 ini berbeza. Ini hasil titik keringatku bermula jam 5ptg hari sabtu hingga 5ptg ahad.


Teringat kata2 emak..
“kamu xrasa macam mana susahnya nak dapat rm10, mmg kamu xtahu..”
Kata emak dahulu memarahi aku kerana aku boros.
Masa cuti sekolah tingkatan 2, aku mula bekerja di petronas, jam kerja mulai 8pg hingga 4ptg. Gaji rm10 sehari!
Aku mula faham kata2 emak.
Emak dan abahku berniaga di hentian sebelah behrang menghala utara. Berbaza dengan pekerjaan majoriti ibubapa. Berniaga mungkin mendatangkan untung,malah sangat tidak mustahil untuk peroleh pendapatan bulanan lebih dari seorg doktor, namun ini pekerjaan yg memerlukan kesabaran, ketabahan, kecekalan. Sangat seronok tika kulit dihembus sepoi angin dr penghawa dingin. Namun tidak untuk emak dan abah, dihembus terik mentari menyengat.
Sama juga hari ini. Mmg khemah disediakan. Namun musim panas di davangere cukup untuk menggelegakkan darah ke segenap ruang kapilari, memaksa jantung bekerja lebih keras, hampir mencecah paras 'hypertensi'.

Sungguh, rm10 sekelip mata sahaja boleh habis. Namun nak mendapatkan rm10, bersengkang mata, basah keringat. Perlu tahu erti usaha untuk menjadi lebih menghargai.

Alhamdulillah, hari ini dengan usaha sendiri, keringat sendiri, dengan izin Allah, dengan bantuan kawan2, aku Berjaya beroleh pendapatan rs100.
Semoga aku Berjaya kawal sifat suka berbelanja..
Semoga lebih berusaha untuk mendapatkan sesuatu..
Terima kaseh emak abah kerana sudi besarkan aku dengan titis keringat mereka..
’ya Allah, kasihi mereka sepertimana mereka mengasihiku sewaktu kecil hingga aku besar..ameeen..’

p/s; duet xbulat untuk datang bergolek, duet pipih, namun xkan datang melayang..usaha,doa..tawakkal..insyaALlah..

Aku sayang dia..

Aku cerita yg gembira sahaja dgn dia, sebab aku sayang dia, aku xnak dia sedih bila aku sedih..
Aku uruskan semua perkara sendiri, sebab aku sayang dia, aku xnak dia susah uruskan hal aku..
Aku selalu pow duet dia, sebab aku sayang dia, aku nak spend masa dengan dia..
Aku selalu tinggikan suara dengan dia, sebab aku sayang dia, aku nak dia jd lebih matang..
Aku selalu marah dia, sebab aku sayang dia, aku xnak dia buat salah lagi..
Aku kata dia xbijak, sebab aku sayang dia, aku nak dia study harder..
Aku selalu cubit dia, sebab aku sayang dia, saje usik mengusik..
Aku selalu buat die menangis, sebab aku sayang dia,nanti aku boleh pujuk dia..
Aku paksa dia masuk asrama, sebab aku sayang dia,supaya dia boleh focus untuk study..
Aku suruh dia ambil aliran sains, sebab aku sayang dia, aku tahu dia nak jadi doctor..
Aku kata dia malas belajar, sebab aku sayang dia, aku nak bgtau dia yg dia pandai sebenarnya..
Aku nak jadi deskmate dia, sebab aku sayang dia,aku nak dia dapat apa yg aku dapat..
Aku paksa dia stay-up malam2, sebab aku sayang dia, so boleh study sama2..
Aku suruh dia buat add math sendiri, sebab aku sayang dia, make sure dia siap buat homework..
Aku selalu kata ”nasib baik ko xkurus,kalo x..”, sebab aku sayang dia, aku nak dia lebih berfikir..
Aku xtolong dia bukakkan lighter, sebab aku sayang dia, aku nak dia mahir..
Aku xtelefon dia, sebab aku sayang dia, aku xnak mengganggu dia..
Aku bagi lebihan seluar jeans sebagai hadiah harijadi dia, sebab aku sayang dia,aku nak dia tahu aku sayang dia..
Aku sentiasa sedia untuk pergi, sebab aku sayang dia, aku nak yg terbaik untuk dia..

Mungkin definisi sayang bagi aku berbeza dengan definisi standard, tapi sungguh, aku memang sayang dia..

Sunday, March 22, 2009

Dulu ‘kami’..kini ‘aku’..

(aviator....)

Kisah motor aviatorku…
Dulu menjadi hak mutlak aku dan kawanku..makwan..
Motor ini atas nama makwan...

Kini…
(hensemkan motor nih?...eheheh)

Motor ini telah menjadi hak mutlakku…
Eheheheheh….

(surat pembelian motor drpd makwan..)

Topi rs800..

(topi rs800)

Aku selalu pakai topi ni especially bila naik moto pergi balik kolej(maklumlaa…cuaca panas..)
Sebenarnya harga sebenar topi ni rs500 je…
Tp tiba2 dia jadi rs800…
Pada 17/3/09, aku seperti biasa naik moto pulang dr kolej..
Aku seperti kebiasaannya akan pecut40km/j dengan moto ku..
Tp pada hari ini, aku pecut lebih laju drpd itu..mungkin hamper 60km/j..
Terbanglah topiku..
Aku pon berhenti..
Mula pusingkan motor ku untuk buat ‘U’ turn untuk mengutip kembali topiku ini..
Tiba2…
“side!side!side!”
Aku dengan terkejutnya tanpa boleh buat apa2..
terus parking motoku di tempat di mana motor2 lain yg ditahan polis parking..aduss..
“license?”
“license nahi sir..” kataku sambil tersengih kerang busuk..
“rs300”jawab pakcik polis dengan muka selamba..ceh..

(surat saman india...eheheheh)

Jadila harga topiku kini rs800..
Jika topiku tidak jatuh..pasti aku tidak kene saman..
Jika aku biarkan saja topiku..pasti aku tidak kene saman..
Jika aku Nampak ada polis ditepi jalan itu..pasti aku tidak kene saman…
Adeih….
Topi…topi…
p/s; naseb baik kene saman 300rupees...kalo 300ringgit??botak kepala.....eheheh

Tuesday, March 17, 2009

Taj Mahal.. cinta agung dunia..

(taj mahal..)

kisahnya bermula disini...

Agra Fort,
istana yg diduduki Shah Jahan dan kaum kerabatnya. Dua perkahwinan pertama Shah Jahan tidak berupaya melahirkan cahaya mata. Walaubagaimanapun, perkahwinan ketiganya dengan Mumtaz, telah melahirkan ramai anak(lupa bilangan tepat anak mereka).

Bertambah2la cinta Shah Jahan terhadap Mumtaznya. Walaubagaimanapun, cinta mereka tidak kekal, apabila Mumtaz menghembuskan nafas terakhirnya ketika melahirkan anak mereka yg terakhir(tak ingat..heheh).

Namun sebelum itu, Mumtaz pernah membuat permintaan kepada Shah Jahan untuk membina lambing cinta mereka apabila dia mati kelak. Kerana inilah bermulanya pembinaan Taj Mahal..
Taj Mahal, istana mahkota(taj=mahkota, mahal=istana), yg binaan asalnya dibuat drpd batu merah, namun disaluti dengan batu marmar keseluruhannya. Bukan itu sahaja, bahkan ukiran2 di dindingnya yg sangat halus, yg mana batu2 berharga di benamkan kedalam marmar tersebut. Ada juga dibenamkan permata namun sudah dicabut oleh penjajah british semasa india bawah jajahan mereka.

(anjung bilik penjara Shah Jahan(kanan)..merenung taj mahal)

Tidak semudah itu sejarah Shah Jahan. Sebelum dia meninggal dunia, Shah Jahan telah dipenjarakan oleh anak ketiganya, setelah membunuh 2 abangnya kerana takhta. Shah Jahan dipenjarakan dalam istananya sendiri.namun dia dibenarkan untuk memilih mana2 bilik yg disukainya untuk dipenjarakan. Shah Jahan memilih bilik terpaling hujung yang mempunyai anjung, menghadap Taj Mahal.








Dr anjung tersebutlah, Shah Jahan merenung Taj Mahal dengan bantuan pantulan cermin dek kerana matanya yang semakin kabur dimakan usia. Shah Jahan menghembuskan nafas terakhirnya setelah 8thn dipenjarakan dalam istana sendiri. Berakhirnya hidup pencinta agung dunia.


Taj Mahal sebenarnya adalah tempat dimana Mumtaz dikebumikan. Dan jasad Shah Jahan juga dikebumikan sebelah Mumtaz dalam Taj Mahal atas permintaannya sendiri sebelum meninggal dunia.

Tiga perkara yang aku tahu sangat mampu untuk mengubah seorang lelaki…
perempuan,anak,harta. Benarkah?

p/s:menusia pernah berkata..
”bercinta biarlah sampai ke syurga, tidak cukup sekadar ke hujung hayat”..


Taj Mahal.. lambang cinta sejati..namun..sampai syurgakah cinta mereka?

Sunday, March 15, 2009

manali..sambungan..


(sukenyeee~~)

Snow bike(rs750)-
motor 4tayar(4tayar?bukan keretakah?) yang membawa kami kekawasan yang lebih jauh, untuk menikmati kawasan salji yang lebih cantik dan lebih lembut saljinya. Disini aku melangsaikan cita2ku- menghasilkan snowman!!


(encek salju)

River rafting(rs450)-
air sungai yang sejuk(seperti air yang diletakkan ais didalamnya). Sungai yang sebenarnya xdela ganas sangat. Tapi sengaja untuk rasai pengalaman river rafting (adventure journey katanya)
(sebelum bertolak..)
(caakk!!)
(ladang2 epal yg rendang berbunga..cantiknya subhanallah...)

Mall road- makan2 dan shopping2!!!lebih best drpd Mall road shimla. Xsempat nak explore sangat sebab sudah agak malam. Lagipun duit agak kurang untuk bershopping lagi.eheheh.. (khusyuk bershopping..cari batu star rubby masliana..eheh)


Tidur dalam kegigilan.

reflex; sangat20x seronok!!!!pengalaman pertama sentuh salji, pemandangan yang sangat cantik!!aktiviti yg sangat mencabar!!

pendapat: sangat2 perlu pergi..rugi if xpergi. n before pergi manali, lebih baik buat pantauan cuaca di sana dahulu. boleh pergi masa spring n fall..if pergi masa winter, mungkin agak rugi n xseronok sangat sebab akan jadi sangat2 sejuk..nak pergi lagi!!!

Saturday, March 14, 2009

6th march-manali.

Main ski
(rs925 untuk sewa baju, alatan ski dan upah cikgu)

-5.30 pagi- bersiap sedia keluar hotel untuk pergi main ski(ape ke jadahnye la main pagi2 bute tengah sejuk2 bedi nih..haish).

-lebih kurang pukul 7 pagi, dikala suasana masih sunyi, perut berkeroncong lapar dan sejuk gile, buat pertama kalinya aku menyentuh satu kebesaran Allah-salji. Allahu Akbar.

(jalan baik2..)

Terima kasih Allah kerana diberi peluang menyentuh nikmat Mu ini. Main ski di ajar oleh cikgu Harish. Cikguku ini katanya johan pertandingan ski tahun lalu. Bergaya pon eh!!



(practice makes perfect!!..gambar yg di candid oleh masliana..evicence katanya..)

(dengan cikgu ski..)

(dengan specmata champion(cikgu punya)..eheh eheh..)

Selepas penat main ski(lenguh2 la tangan), kami berehat sebentar sambil makan Maggi telur Himalaya!!lapar punya pasal..

(3pinggan maggi telur,4cawan teh..rs200..humm..)

Main ‘boya’(rs100)- best gilee!!!!


Paragliding

(rs2100-kuda+upah pilot)-

sangat2 best!!! jika emakku tahu yang anaknya ini akan buat paragliding, aku amat yakin yang emak akan menghalang (jangan harus kamu buat amar!!ayat common emak..)..

aku pon mula2 tidak berani..tetapi kuberanikan juga diriku ini.


Untuk mendaki gunung itu, aku naik honkey, sunhanallah takutnya Allah sahaja yang tahu. Lalu lereng2 bukit. Tidak dapat aku bayangkan jika honkey itu tergelincir,nauzubillah..


”wahai kuda, Allah ciptakan engkau untuk menjadi kenderaan kepada manusia, jadi bawalah aku dengan penuh tanggungjawab” kata aku kepada kuda.

(Alhamdulillah kuda itu menjalankan tanggungjawabnya dengan baik, adakah kita menjalankan tanggungjawab kita dengan baik?)

Di kawasan yang agak tinggi, aku menyentuh ‘the virgin snow’,salji putih suci yang belum disentuh mana2 tangan manusia. Siap makan lagi salji tu..sedap!!
(dari kejauhan..)

(good or bad landing?..)


p/s; to be continued..

Friday, March 13, 2009

5th march-shimla- manali.


(shimla..drpd hotel)
Kufri- naik ‘honkey’- makhluk Allah yang katanya benih campuran kuda dan keldai. Wallaua’lam. Biasa2 sahaja. Tiada salji disini semasa kami datang. (tunggang kuda pula)
(tunggang yak pulak..comelkan??..)


Mall road- deretan kedai yang banyak!!ehehhehe…susunan dan binaan yang seperti Negara eropah -bak kata orang2 mereka. Aku membeli belah sakan!! Hasil dapatan= kain, stoking unik.

(subhanallah..cantiknya lembah di pergunungan..)

Meneruskan perjalanan ke manali. (terima kaseh kepada pakcik Kamal-driver- kerana berjaya memujuk masliana untuk bersetuju pergi ke manali...ehehehhehe)

Reflex; kurang menyukai Shimla yang menjadi ibu negeri (Himachal Pradesh itu-betolke eja?). udara agak tercemar dan cuaca agak kering. Pemandangan gunung ganang yang cantik dapat dilihat.

Pendapat; jalan yang sangat bengkang bengkok. Agak pening walaupun tidak muntah. Xperlu pergi.

4th march- Jaipur-shimla.

Perjalanan-13jam(6pg-7ptg)

Hanya duduk di hotel setelah sampai di Shimla, agak penat kerana perjalanan jauh.

Reflex; penat. Kagum dengan driver yang hanya berhenti sekali sahaja untuk lunch dalam sepanjang perjalanan ini.

Pendapat; lebik baik travel naik innova, lebih selesa dan lebih cepat sampai. Tetapi harga agak mahal sedikit. jumlah kos bayaran innova dengan penghawa dingin untuk delhi,agra, jaipur,shimla dan manali ialah lebih kurang rs7000 seorang..

3rd march- Jaipur

Hawa Mahal – istana wanita (hawa=wanita,mahal=istana). Hanya lalu dan bergambar sahaja. Binaan unik. Mempunyai banyak tingkap, khas untuk kaum wanita kerabat diraja. Dahulu kala, wanita sangat tertutup. Oleh itu, hawa mahal ini dibina supaya kaum wanita boleh melihat keadaan sekeliling tanpa menonjolkan diri. ‘melihat dr tingkap’.





Amber fort (rs150-harga foreigner)- mendaki kubu ini menaiki gajah(rs570/2). Kubu warna amber yellow. Cantik dan sekali lagi aku kurang hargai kerana tidak tahu sejarah disebaliknya.
(amber fort)
(tunggang gajah mendaki kubu)
(menjengah luar jendela)
(merenung masa depan)

summer palace- hanya lalu dan bergambar dr jauh. xtahu bagaimana ingin ke sana. banjirkah??

Jantar mantar-
“r u from india?”tanya penjaga tiket.
“I study in davangere baiyaa..char ticket baiyaa(empat tiket abang!)”jawab aku.
So,dapat harga local-rs20- berlakon dengan baek!!eheheh..
(taurus..)
xde ape2 yang menarik, hanya replica instrument yang digunakan pada zaman dahulu untuk menentukan masa, zodiac dan lain2. Kurang hargai sebab hari tengah panas.


City palace museum- hanya jenguk dr luar. Xmasuk kerana memilih untuk shopping2 di kedai2 sekeliling museum itu.eheheheh


Chowki dhani(rs300)- seperti perkampungan budaya. Memaparkan budaya2 penduduk rajastan.
(tunggang unta pula..seperti akan terpelanting..)
(cuba lihat betul2..pinggan mangkuk drpd daun tau..)

Reflex; xbanyak yang aku dapat hari ini. Mungkin kerana cuaca panas.


Pendapat; jika banyak masa boleh melancong ke Jaipur. Tetapi jika kekurangan masa, boleh skip jaipur.

2nd- Delhi-Agra-Jaipur

2nd- Delhi-Agra-Jaipur
Kenderaan-Innova.
Perjalanan- 4pg-8pg(Delhi-Agra);5ptg-9mlm(Agra-Jaipur)

Taj Mahal (rs750 harga foreigner)- Seni binanya, Subhanallah..amat cantik. Lambang cinta Shah Jahan kepada Mumtaz. One of the Seven Wonders of the World!!
(dihadapan pintu gerbang..menuju ke Taj Mahal..)
(dihadapan Taj Mahal)

(xmendengar penerangan..posing lebih baik...=p)
(rumah rehat orang kenamaan..mengintai dr dinding Taj Mahal..) (Taj Mahal-gambar kecil- drpd Agra Fort)

Agra Fort (rs20 dapat harga tempatan..eheheheh)- binaan yang cantik dan penuh dengan sejarah. Kali ini aku dengar apa yg tourist guide tu cerita. Kisah menarik.

(pintu gerbang Agra Fort)

(dihadapan..sultan palace agaknya..hum..)

Fatehpur sikri- kubu juga. Dengarnya istana yang pertama sebelum berpindah ke Agra fort. Kawasan sekeliling dipanggil ‘the ghost city’. Xsempat masuk. Hanya lalu dan tgk dr jauh sahaja.

Meneruskan perjalanan ke Jaipur.

Reflex; sekali lagi kagum dan terpegun dengan kuasa Allah yang maha Penyayang, yang menyisipkan setitis kepandaian kepada manusia sehingga mampu membina binaan se’gah’ Taj Mahal.

Pendapat; kene pergi.dan jika mampu berlakon dengan baik, boleh beli tiket harga tempatan(rs20) untuk masuk taj mahal seperti yang masliana buat. Ceh..

Thursday, March 12, 2009

1st feb- delhi day 2

Pagi2 selepas menjamah sarapan di 'Costa Rico', kami memulakan penjelajahan untuk hari ini.

(gelas tiga size)
Naik metro (rs 8) – satu pengalaman baru. Agak canggih dan lebih besar drpd lrt Malaysia.
(on the way masuk metro)


Red fort (rs250) – kubu merah. Ok je. Mungkin aku kurang hargai binaan ini kerana aku tidak tahu sejarah disebaliknya. Terlalu malas untuk mengupah tourist guide. Mungkin juga kedekut? Ehehehe.
(selepas naek metro,naek beca ke red fort)
Masjid jamek (free) – masjid terbesar India aku dengar. Masjid yang berkonsepkan open air. Dengarnya masih digunakan sebagai masjid. Agak kurang terjaga. Pernah dimasukkan perihalnya dalam siaran ‘Jejak Rasul’ yang katanya menyimpan kesan2 tinggalan Rasulullah. Wallahua’lam.
(dikatakan sebagai kesan tapak kaki Rasulullah..wallahua'lam)
Karim’s restaurant(xingat)- menjamu selera. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Nikmat Allah yang sungguh sedap!! Makanan halal, kambing, ayam, dan lain2..tak terkatakan kerana sangat sedap.
(baiya2 buat roti..thank u baiya!!)
Lakshmi narayan temple – hanya bergambar dihadapan binaan itu.

Reflex- tiba2 aku teringat, setahu aku, salah satu tanda2 akhir zaman ialah apabila masjid2 diukir cantik dan menjadi tempat pelancongan. Benarkah? Wallahua’lam. Allah..ampunkan dosa2 kami..

Pandapat; worth untuk pergi ke masjid jamek n karim’s restoran. Yang lain? Xpergi pon tidak mengapa.