Friday, March 13, 2009

5th march-shimla- manali.


(shimla..drpd hotel)
Kufri- naik ‘honkey’- makhluk Allah yang katanya benih campuran kuda dan keldai. Wallaua’lam. Biasa2 sahaja. Tiada salji disini semasa kami datang. (tunggang kuda pula)
(tunggang yak pulak..comelkan??..)


Mall road- deretan kedai yang banyak!!ehehhehe…susunan dan binaan yang seperti Negara eropah -bak kata orang2 mereka. Aku membeli belah sakan!! Hasil dapatan= kain, stoking unik.

(subhanallah..cantiknya lembah di pergunungan..)

Meneruskan perjalanan ke manali. (terima kaseh kepada pakcik Kamal-driver- kerana berjaya memujuk masliana untuk bersetuju pergi ke manali...ehehehhehe)

Reflex; kurang menyukai Shimla yang menjadi ibu negeri (Himachal Pradesh itu-betolke eja?). udara agak tercemar dan cuaca agak kering. Pemandangan gunung ganang yang cantik dapat dilihat.

Pendapat; jalan yang sangat bengkang bengkok. Agak pening walaupun tidak muntah. Xperlu pergi.

4th march- Jaipur-shimla.

Perjalanan-13jam(6pg-7ptg)

Hanya duduk di hotel setelah sampai di Shimla, agak penat kerana perjalanan jauh.

Reflex; penat. Kagum dengan driver yang hanya berhenti sekali sahaja untuk lunch dalam sepanjang perjalanan ini.

Pendapat; lebik baik travel naik innova, lebih selesa dan lebih cepat sampai. Tetapi harga agak mahal sedikit. jumlah kos bayaran innova dengan penghawa dingin untuk delhi,agra, jaipur,shimla dan manali ialah lebih kurang rs7000 seorang..

3rd march- Jaipur

Hawa Mahal – istana wanita (hawa=wanita,mahal=istana). Hanya lalu dan bergambar sahaja. Binaan unik. Mempunyai banyak tingkap, khas untuk kaum wanita kerabat diraja. Dahulu kala, wanita sangat tertutup. Oleh itu, hawa mahal ini dibina supaya kaum wanita boleh melihat keadaan sekeliling tanpa menonjolkan diri. ‘melihat dr tingkap’.





Amber fort (rs150-harga foreigner)- mendaki kubu ini menaiki gajah(rs570/2). Kubu warna amber yellow. Cantik dan sekali lagi aku kurang hargai kerana tidak tahu sejarah disebaliknya.
(amber fort)
(tunggang gajah mendaki kubu)
(menjengah luar jendela)
(merenung masa depan)

summer palace- hanya lalu dan bergambar dr jauh. xtahu bagaimana ingin ke sana. banjirkah??

Jantar mantar-
“r u from india?”tanya penjaga tiket.
“I study in davangere baiyaa..char ticket baiyaa(empat tiket abang!)”jawab aku.
So,dapat harga local-rs20- berlakon dengan baek!!eheheh..
(taurus..)
xde ape2 yang menarik, hanya replica instrument yang digunakan pada zaman dahulu untuk menentukan masa, zodiac dan lain2. Kurang hargai sebab hari tengah panas.


City palace museum- hanya jenguk dr luar. Xmasuk kerana memilih untuk shopping2 di kedai2 sekeliling museum itu.eheheheh


Chowki dhani(rs300)- seperti perkampungan budaya. Memaparkan budaya2 penduduk rajastan.
(tunggang unta pula..seperti akan terpelanting..)
(cuba lihat betul2..pinggan mangkuk drpd daun tau..)

Reflex; xbanyak yang aku dapat hari ini. Mungkin kerana cuaca panas.


Pendapat; jika banyak masa boleh melancong ke Jaipur. Tetapi jika kekurangan masa, boleh skip jaipur.

2nd- Delhi-Agra-Jaipur

2nd- Delhi-Agra-Jaipur
Kenderaan-Innova.
Perjalanan- 4pg-8pg(Delhi-Agra);5ptg-9mlm(Agra-Jaipur)

Taj Mahal (rs750 harga foreigner)- Seni binanya, Subhanallah..amat cantik. Lambang cinta Shah Jahan kepada Mumtaz. One of the Seven Wonders of the World!!
(dihadapan pintu gerbang..menuju ke Taj Mahal..)
(dihadapan Taj Mahal)

(xmendengar penerangan..posing lebih baik...=p)
(rumah rehat orang kenamaan..mengintai dr dinding Taj Mahal..) (Taj Mahal-gambar kecil- drpd Agra Fort)

Agra Fort (rs20 dapat harga tempatan..eheheheh)- binaan yang cantik dan penuh dengan sejarah. Kali ini aku dengar apa yg tourist guide tu cerita. Kisah menarik.

(pintu gerbang Agra Fort)

(dihadapan..sultan palace agaknya..hum..)

Fatehpur sikri- kubu juga. Dengarnya istana yang pertama sebelum berpindah ke Agra fort. Kawasan sekeliling dipanggil ‘the ghost city’. Xsempat masuk. Hanya lalu dan tgk dr jauh sahaja.

Meneruskan perjalanan ke Jaipur.

Reflex; sekali lagi kagum dan terpegun dengan kuasa Allah yang maha Penyayang, yang menyisipkan setitis kepandaian kepada manusia sehingga mampu membina binaan se’gah’ Taj Mahal.

Pendapat; kene pergi.dan jika mampu berlakon dengan baik, boleh beli tiket harga tempatan(rs20) untuk masuk taj mahal seperti yang masliana buat. Ceh..

Thursday, March 12, 2009

1st feb- delhi day 2

Pagi2 selepas menjamah sarapan di 'Costa Rico', kami memulakan penjelajahan untuk hari ini.

(gelas tiga size)
Naik metro (rs 8) – satu pengalaman baru. Agak canggih dan lebih besar drpd lrt Malaysia.
(on the way masuk metro)


Red fort (rs250) – kubu merah. Ok je. Mungkin aku kurang hargai binaan ini kerana aku tidak tahu sejarah disebaliknya. Terlalu malas untuk mengupah tourist guide. Mungkin juga kedekut? Ehehehe.
(selepas naek metro,naek beca ke red fort)
Masjid jamek (free) – masjid terbesar India aku dengar. Masjid yang berkonsepkan open air. Dengarnya masih digunakan sebagai masjid. Agak kurang terjaga. Pernah dimasukkan perihalnya dalam siaran ‘Jejak Rasul’ yang katanya menyimpan kesan2 tinggalan Rasulullah. Wallahua’lam.
(dikatakan sebagai kesan tapak kaki Rasulullah..wallahua'lam)
Karim’s restaurant(xingat)- menjamu selera. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Nikmat Allah yang sungguh sedap!! Makanan halal, kambing, ayam, dan lain2..tak terkatakan kerana sangat sedap.
(baiya2 buat roti..thank u baiya!!)
Lakshmi narayan temple – hanya bergambar dihadapan binaan itu.

Reflex- tiba2 aku teringat, setahu aku, salah satu tanda2 akhir zaman ialah apabila masjid2 diukir cantik dan menjadi tempat pelancongan. Benarkah? Wallahua’lam. Allah..ampunkan dosa2 kami..

Pandapat; worth untuk pergi ke masjid jamek n karim’s restoran. Yang lain? Xpergi pon tidak mengapa.

Wednesday, March 11, 2009

28th- Bangalore-delhi

Kenderaan- kapal terbang jenama INDIGO
Cost- rs5200 (approximately)
Perjalanan- 2jam (6am-8am)



(dalam bus yg bw kami pegi naik flight)

Delhi day 1:

National Museum (rs300) -agak membosankan. Hanya banyak patung batu yg diukir dan agak lucah.
(diluar museum..xfaham kenapa gambar ni vertical~~)

India Gate (free) - lebih kurang tugu Negara laaa…


(dihadapan India Gate)
(bergambar bersama pak guard kacak..eheh..)

Akshardam temple (xingat)- not really a temple. Hanya monument yang org bina demi memperingati seseorang. Struktur binaan, ukiran dan taman yang cantik.
(lampu2 bergemerlapan)

Delhi day 1 tamat.

Reflex; tidak banyak yang aku dapat pada hari ini. Aku terfikir betapa Agungnya Allah, memberi kepintaran kepada manusia untuk membina binaan yang sedemikian cantik. Namun adakah mereka bersyukur?



Pendapat: tidak pergi ke tempat-tempat ini pon tidak mengapa.

27th – davangere-bangalore

Kenderaan- Tata Indica
Cost- rs3010/4= rs753
Perjalanan- 6jam (10pm-4am)

Alhamdulillah aku selamat sampai ke airport. sampai2 sahaja terus beli makanan yang aku sendiri lupa namanya, dan juga makan ice cream baskin robin(walaupon tengah sejuk ketika itu).

xsabar untuk memulakan penjelajahan!!!!