Sunday, February 15, 2009

Iman Adalah Mutiara..

Iman ~ percaya akan adanya Allah dan membenarkan sekalian barang yg disampaikan oleh Rasulullah saw.

Rukun2 iman..
1. Percaya kepada Allah..
2. Percaya kepada malaikat2
3. Percaya kepada kitab2
4. Percaya kepada Rasul2
5. Percaya kepada hari kiamat
6. Percaya kepada qada’ dan qadar

Percaya kepada Allah..mengaku dengan lidah serta yakin dalam hati bahawa ada tuhan yg benar yg telah menjadikan sekalian alam ini.

Sifat2 wajib bagi Allah..
1. Wujud (ada)
2. Qidam (sedia)
3. Baqa’(kekal)
4. Mukhalafatuhu lil hawadis(menyalahi Allah bagi sekalian yg baharu)
5. Qiamuhu binafsihi (berdiri Allah dengan sendirinya)
6. Wahdaniat(esa dan tunggal)
7. Qudrat(kuasa)
8. Iradat(menentukan)
9. Ilmu(mengetahui)
10. Hayyat(hidup)
11. Sama’(mendengar)
12. Bashor(melihat)
13. Qalam(berkata2)
14. Kaunuhu qadiran(keadaan yg berkuasa)
15. Kaunuhu muridan(keadaan yg menentukan)
16. Kaunuhu ‘aliman(keadaan yg mengetahui)
17. Kaunuhu hayyan(keadaan yg hidup)
18. Kaunuhu sami’an(keadaan yg mendengar)
19. Kaunuhu bashiran(keadaan yg melihat)
20. Kaunuhu mutaqalliman(keadaan yg berkata2)

Sifat2 mustahil bagi Allah:
1. ‘Adam(tiada)
2. Hadus(baharu)
3. Fana’(binasa)
4. Mumasalatuhu lilhawadith(bersamaanNya bagi sekalian yang baharu)
5. Qiamuhu bighairihi(berdiri Allah dengan yang lain)
6. Ta’dud(berbilang2)
7. ‘ajzun (lemah)
8. Karahah(tidak menentukan)
9. Jahil(tidak mengetahui)
10. Maut(mati)
11. Summun(tuli)
12. ‘umyun(buta)
13. Bukmun(kelu)
14. Kaunuhu ‘ajizan(keadaan yg lemah)
15. Kaunuhu karihan(keadaan yg tidak menentukan)
16. Kaunuhu jahilan(keadaan yg tidak mengetahui)
17. Kaunuhu maitan(keadaan yg mati)
18. Kaunuhu asaman(keadaan yg tuli)
19. Kaunuhu a’maa(keadaan yg buta)
20. Kaunuhu abkam(keadaan yg kelu)

Sifat harus bagi Allah..

Harus bagi Allah memperbuatkan mumkin atau meninggalkannya.
Mumkin: barang yg harus adanya dan tiadanya
Umpamanya, harus bagi Allah menjadikan langit,bumi, matahari etc. dan harus bagi Allah tidak menjadikannya. Tidak wajib bagi Allah menjadikan sesuatu seperti menghidupkan atau mematikan, bahkan semuanya harus pd hak Allah.

semoga ilmu hari ini berkat..ameen~

p/s:buku teks (fekah,tauhid,akhlaq)sekolah rendah agama An-nuriah, sungai selisek,Selangor(97-99)

No comments:

Post a Comment