Malam ini bukan sahaja kaum cina, malah kami sekeluarga juga ada makan besar!! Makan di Meor Tom Yam,Kalompang. Ini mungkil kali terakhir aku dapat makan tom yam sebelum pulang ke india. So,kenela makan betol2 kan?
"amar.banyaknye amar makan",cakap angah selepas tgk aku tambah bihun second round..
"biarla,ni bekalan untuk 7 bulan kat india"balas aku sambil tersengih..
Sebenarnya aku sudah berada pada tahap 'boleh berhenti makan',tp ku teruskan jua suapan dengan alasan selepas ini susah nak dapat tom yam sedap di india. Aku pon terus makan..
Selepas makan 2mangkuk mihun tom yam dan segelas besar air tembikai laici,sungguh aku xboleh tunduk!!Kenyang sangat2!!Allahu Akbar..makan xingat dunia!!
Malam itu,jeng!jeng!jeng!aku dibangunkan oleh pulasan-pulasan di perutku yg minta aku ke toilet sesegera mungkin..
"inilah dia bahananya makan banyak!!"fikir aku selepas ke toilet dan menyambung tidurku semula.
Rupanya itu masih belum mencukupi,keesokannya aku bangun dengan sakit kepala yg bukan kepalang dan terkena serangan demam. Kepala yg berdenyut2,mata yg berpinar2 dan dunia terasa berpusing jika aku berdiri. Ketika itu, mahu sahaja aku menghentuk2kan kepalaku untuk menghilangkan sakit ini!! Untuk tidur pun aku tidak mampu dek sakit kepala yg mencengkam.
Dalam keadaan pening2 lalat(da jadi pening langau kot),aku teringat peristiwa malam tadi,yg mana aku makan xingat dunia!
Aku hanya mampu baring sambil berdoa agar Allah kembalikan kesihatanku.
Allahu Akbar..ampunkan dosa2ku..
"makan untuk hidup atau hidup untuk makan? "
Dengan 2biji Panadol,dengan izin Allah, aku dapat semula kesihatanku pada sebelah petangnya..
Alhamdulillah~~
kuteringat kata2 seorang sahabatku,
"sebagai bakal doktor,bila kita sakit,kita perlu menikmati dan menghargai sakit itu supaya kita boleh jadi doktor yg sympathy n empathy " insyaALlah~~ (ayat yg sebenar lebih kepada bahasa pasar..diubah suai untuk keselesaan pembaca..kahkahkah!!)
P/S : ‘makan sebelum lapar,berhenti sebelum kenyang’
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment