Saturday, January 31, 2009

"jauh bau bunga,dekat bau tahi"


Hari ini aku ‘terpaksa’ pulang ke bumi india. Demi menuntut ilmu, kugagahkan juga kakiku untuk melangkah masuk ke KLIA, huu~~. Tanggal 30hb januari,pukol 11.20mlm waktu Bangalore, aku beserta 31 pelajar lain selamat sampai ke Bangalore airport..Alhamdulillah..


(sekadar gambar hiasan)
Aku,mas,mcwan n syikin antara yg terawal yg keluar dr airport, kami disambut oleh kawan2 yg belajar di Bangalore. Mereka datang untuk mengambil barang2 yg dikirim dr Malaysia. Antara yg datang pada malam itu ialah Kak Lin(yg pada awalnya nak sambut kitorg dgn kalungan bunga tp xjadi sebab mas xbagi..eheheh),kak nisa’ (tunggu sambal tempe mak dia – sedapnye~),kak acik (terima kasih bagikan bunga..ehehehhe),kak aishah (kakak kpd 1 of my jr) dan anas aminin(yg datang air port rempit naik moto kawan die).


Ketika bersembang2 dengan kawan2 bangalore, aku tertarik dengan satu ‘gurauan’ yg penuh makna bagi aku. Kak acik ialah antara pelajar yg sangat selalu balik Malaysia(dengar2nya setahun lebih drpd 2kali..wallahua’lam). jadinya, bulan 4 ni insyaALlah mereka ade cuti..

*************************************************************************************

“korg cutikan bulan 4 ni..kak acik sure blk Malaysia kan?” Tanya aku.

“ yup,mane tau kak acik balik?da dpt agak eh?” balas kak acik sambil tersengih2.
“ yela..da ade cuti.kompemla kak acik balik!!nape x pegi jalan2?”Tanya aku lagi.
“nak je pegi jalan2. Tp kalau nak jadi anak solehah kenela balik rumah!” jawab kak acik poyo siket2..eheh.
“ek ele..abes kalo org yg xbalik rumah tu kire bukan anak solehah lah ek?”Tanya X(aku xingat siapa) melayan gurauan td.
“eh xdelaa..ikut masing2 la nak define anak solehah macam mane..ade yg jd anak solehah if balik rumah, tp ade yg jd anak solehah if xbalik rumah..terpulang la…ehehehheh”jawab kak acik masih tersengih..


(ayat2 dalam perbualan ini diubah mengikut ape yg aku ingat ketika menaip..maaf jika ada perkara2 yg kurang tepat)

Walaupun itu hanyalah gurauan, tp cukup untuk buat aku lebih berfikir. Cara bagaimana untuk aku capai tahap ‘anak baik’(nak capai anak solehah macam terlalu jauh namun tidak mustahil)..

Duduk rumah: *jadi lebih rapat dengan keluarga – boleh spend time together,borak2,gelak2
*berpotensi buat mak sakit hati either through percakapan @ perbuatan
*bawa adik2 g shopping – kadang2 marah2 adik
*kadang2 bergurau kasar hingga buat adik beradik kecil hati.
Etc..

Duduk India :*berbual dgn through phone n chatting (seminggu sekali) – xdpt cakap dgn
semua ahli keluarga
*insyaAllah kurang berpotensi sakitkan hati mak.
*xdpt bawa adik2 g shopping – tp xdela marah2 kat adik2 lg.
*bila bercakap melalui telephon hanya berbual perkara yg baik2 sahaja, xde

menyakitkan hati sesiapa.
Etc..

Kesimpulannya??
Aku masih belum mampu mencapai apa2 kesimpulan cara mana yg lebih membantu aku untuk menjadi anak baik. Tp aku akan terus berusaha untuk menjadi anak baik, seterusnya capai status anak solehah insyaAllah~~


Bagaimana anda?
Cara yg bagaimana dapat membantu anda untuk menjadi anak yg baik n anak soleh/solehah?


p/s: pepatah melayu ade mengatakan..“jauh bau bunga, dekat bau tahi”..benarkah??

No comments:

Post a Comment