Sunday, April 5, 2009

Sakit hati atau amaran?

Malam tadi seperti rutin biasa, aku dan kawan2 akan melepaskan tension di CCD(café coffee day). Mungkin tempat ini sahaja yg kelihatan seperti bukan di davangere..eheheh…

aku dan yg lain2 memparking motor betul2 dihadapan CCD yg mana ada pakguard yg menjaga. Namun syikin parkingkan motornye dihadapan kedai alatan tulis bersebelahan dengan CCD.
Ketika kami mahu pulang..

Terkejut!!
Tempat duduk motor syikin ditoreh!! Adakan panjang sejengkal setengah dan amat pasti guna pisau!!

Mula rasa tidak sedap hati dengan keganasan penduduk sini. Mungkinkah itu sebagai amaran atau hanya suka buat vandalism?(bukankah vandalism pada harta awam, jika harta perseorangan bagaimana pula?)


Amaran untuk pelajar Malaysia mungkin?

Namun cerita tidak berhenti disini. Pagi ini rupanya baru ku tahu yg motor pelajar lelaki mmg ada yg pernah dicalarkan. Malah pernah juga sticker di motor mereka sengaja dicabut dan ditampal terbalik.

Hingga kini masih belum tahu siapa pelaku.

Mungkin pelajar2 tempatan.

Mungkin juga pekerja2.

Sakit hati atau amaran?

Mungkinkah akan berlaku kes lebih keras drpd ini?
Nauzubillah…Allah mohon lindungi kami..

p/s; tolong lebih berhati2 selepas ini. Kita hanya ada kita disini..

No comments:

Post a Comment